Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Penggangur dicekup kerana miliki dadah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MUKAH: Seorang penganggur lelaki yang disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah ditahan polis di tepi sebuah premis Jalan Setia Raja Mukah dalam Ops Tapis, malam tadi.

Berdasarkan siasatan awal, suspek mendapat dadah berkenaan dengan cara serahan tangan di sekitar kawasan rumahnya yang terletak di Kampung Tellian Laut, Mukah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias, serbuan berkenaan dilakukan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah sekitar jam 10.30 malam.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek yang berusia 47 tahun itu, kita merampas satu kotak rokok berwarna putih dan hijau di dalam genggaman tangan suspek.

“Turut ditemui satu keratan tiub straw kecil berwarna hijau berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.10 gram dengan nilai anggaran RM50,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, suspek kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan suspek dipercayai terlibat dengan penagihan dadah sejak awal tahun 2018 sehingga sekarang.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News