NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Penggangur didenda RM3,000 rosakkan pondok milik ahli perniagaan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana merosakkan pondok milik seorang ahli perniagaan hingga menyebabkan kerugian RM5,000.

Tertuduh Saini, 33, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Zaiton Anuar menetapkan tertuduh dihukum penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja melakukan khianat merosakkan harta milik Kusmatdie, 43, di Jalan Tanah Perkuburan Kampung Buntal, di sini, pada 2 April lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes,pengadu telah dimaklumkan oleh jiran pengadu bahawa pondoknya yang terletak di Jalan Tanah Perkuburan, Kampung Buntal telah dirosakkan oleh seorang lelaki yang dikenali.

Namun semasa kejadian, pengadu tidak dapat pulang ke pondok terbabit kerana ada urusan di luar daerah.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan serta siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh sehari selepas kejadian.

Baca lain  Edar dadah: Tiada pengakuan direkodkan daripada pemuda tempatan

Hasil siasatan lanjut, tertuduh mengaku merosakkan pondok terbabit beberapa kali sebelum tarikh kejadian dilaporkan.

Akibat kejadian itu, pondok milik pengadu mengalami rosak teruk hingga menyebabkan kerugian sekitar RM5,000.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru