Penggerak pembangunan akar umbi

JULAU: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) berperanan penting sebagai mata dan telinga kerajaan selain menjadi penggerak pembangunan peringkat akar umbi.

Adun Meluan, Rolland Duat Jubin berkata, sebagai pemimpin, mereka harus menyalur maklumat tepat mengenai dasar kerajaan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan penduduk di bawah jagaan masing-masing. Katanya, ketua masyarakat merupakan individu yang dihormati dan dipercayai di samping mampu membawa suara rakyat ke tengah.

“Peranan pemimpin masyarakat sangat penting kerana berupaya menjana kelancaran aktiviti pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya pada majlis Penyerahan Sijil Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Daerah Julau.

Beliau berkata, KMKK juga perlu memahami sepenuhnya setiap dasar yang dilaksanakan kerajaan supaya maklumat yang disampaikan mudah difahami oleh penduduk.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 April 2021

Suara Sarawak