Penggodam serang wartawan Sarawak

KUCHING: Aplikasi Whatsapp dan Facebook salah seorang pengamal media tempatan hari ini digodam.

Perkara tersebut disedari oleh rakan pengamal media yang lain apabila mereka menerima mesej berbaur pujukan untuk meminjam jumlah wang dari RM500 sehingga RM2000.

Malah pengondam tersebut turut berkongsi maklumat akaun bank CIMB miliknya 7070017553 dengan penama Surwan.

Ketika dihubungi Suara Sarawak, Abdul Majid Azman 32 yang bekerja di sebuah stesen radio tempatan Sarawak memberitahu individu tersebut bukan dirinya.

Beliau mula menyedari Whatsappnya digodam apabila dia tidak dapat menggunakan aplikasi tersebut meskipun enam kod keselamatan WhatsApp dimasukkan.

“Pada pukul 7 petang tadi saya dapat guna Whatsapp seperti biasa dengan rakan sekerja yang lain, namun selepas saya tutup sahaja, saya tak dapat masuk.

“Saya turut sedar sehari sebelum itu Facebook saya turut digodam walaupun cubaan kata laluan banyak kali dimasukkan,” katanya.

Bertindak lanjut Majid segera membuat laporan Polis dan menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan lanjut dibuat.

Malah dengan menyamar sebagai “Majid” penggodam berkenaan berjanji membayar balik wang yang dipinjamnya pada keesokkan harinya.

Lantas, satu Facebook baharu turut dibuka oleh Majid bagi memaklumkan rakannya bahawa akaun Facebook lamanya dan nombor telefon Whatsspp (014-5941905) telah digodam.

Terdahulu aplikasi Whatsapp memaklumkan pihaknya telah melengahkan kemas kini data privasi kerana berlaku ‘kekeliruan’ pengguna dan reaksi balas mengenai perkongsian data Facebook.

Untuk lebih selamat orang ramai yang menggunakan aplikasi Whatsapp kini boleh meningkatkan tahap keselamatan whatsapp dengan mengaktifkan “two step verification* dengan enam angka kata selain keluar dari semua peranti yang dimasuki menggunakan Whatsapp.

Termasuk juga tahap keselamatan di Facebook yang lebih ketat perlu juga dikemas kini.

Suara Sarawak