Trending

Pengguna Instagram dari beberapa negara alami gangguan aplikasi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MOSCOW: Pengguna platform media sosial Instagram dari beberapa negara pada Jumaat melaporkan gangguan berkaitan cara aplikasi itu berfungsi, lapor Sputnik berdasarkan maklumat daripada penjejak gangguan Downdetector.

“Laporan pengguna menunjukkan Instagram menghadapi masalah sejak 9.20 PM EDT (01:20 GMT),” ciap Downdetector.

Menurut laman sesawang web itu, gangguan berkenaan dilaporkan oleh pengguna dari Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Jerman dan Sepanyol.

Walaupun kebanyakan pengguna melaporkan gangguan pada aplikasi Instagram, masalah sama turut berlaku dalam versi web dan kebenaran akaun, menurut portal itu. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru