ARTIKEL

Pang meninjau keadaan salah sebuah kediaman musnah dalam kebakaran di Fortune Park, Lorong Kuini, Jalan Tanjung Batu.

Penggunaan soket elektrik berlebihan antaranpunca utama kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Orang ramai diingatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan menitikberatkan aspek keselamatan penggunaan elektrik terutama pada musim perayaan.

ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, ia terutamanya tidak membebankan soket dengan penggunaan barangan elektrik secara berlebihan bagi mengelakkan bebanan tinggi.

“Sambungan pelbagai wayar menggunakan satu soket, penggunaan secara berlebihan begini antara punca utama sering berlakunya kebakaran,” katanya.

Pang berkata demikian ketika ditemui pemberita usai meninjau serta menyantuni mangsa kebakaran di Fortune Park, Lorong Kuini, Jalan Tanjung Batu, hari ini.

Katanya, sejurus dimaklumkan mengenai insiden yang mengorbankan dua jiwa, masing- masing seorang wanita warganegara Filipina bernama Marites, 40, dan kanak- kanak lelaki orang kelainan upaya(OKU), 12, beliau segera turun padang untuk meninjau, sekali gus mengetahui lebih mengenai kejadian itu.

Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi itu, kedua- dua individu terbabit ditemukan rentung dalam keadaan berpelukan di bilik belakang salah sebuah kediaman teres dua tingkat terbabit.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Pang meninjau keadaan salah sebuah kediaman musnah dalam kebakaran di Fortune Park, Lorong Kuini, Jalan Tanjung Batu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan