ARTIKEL

Penggunaan teknologi tingkat pengeluaran getah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penggunaan automasi dan mekanisasi penting untuk meningkatkan pengeluaran susu getah atau lateks di Malaysia, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia itu berkata, usaha tersebut penting untuk mengembalikan kedudukan Malaysia yang pernah menjadi pengeluar utama getah di dunia.

MELAWAT… Fadillah mengadakan lawatan ke reruai pameran.

“Malaysia pernah menjadi nombor satu dalam sektor pengeluaran getah di dunia tetapi kini sudah berada di kedudukan kelapan.

Kita juga mengimport susu getah dari Thailand dan Vietnam sehingga mencecah RM3 bilion setahun,” katanya.

MELAWAT… Fadillah mengadakan lawatan ke reruai pameran.

Timbalan Perdana Menteri itu juga berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Persidangan Nasional Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) di Hotel Imperial Kuching, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menambah industri getah merupakan pasaran yang sedia ada di negara ini, tetapi penoreh getah ramai yang sudah berusia dan tidak ramai golongan muda menceburi industri tersebut.

“Untuk menghasilkan susu getah yang berkualiti, kita perlu bangun sekitar jam 4 pagi dan bekerja sehingga jam 11 pagi untuk memastikan kualiti berada pada tahap yang baik.

“Justeru, di sinilah teknologi diperlukan supaya kita dapat melihat bagaimana automasi dan mekanisma keseluruhan proses menoreh getah dapat dilakukan.

Saya juga memerlukan TAM untuk menyediakan kepakaran bagi memberi tumpuan kepada penyelidikan tentang bagaimana kita boleh menghasilkan automasi atau mekanisasi dalam ladang getah,” ujarnya.

Hadir sama Presiden TAM Tung Chee Kuan; Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir; Pengerusi TAM Cawangan Sarawak Dr. Ting Sie Chun serta wakil-wakil yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU