SEBUYAU: Kerajaan Sarawak akan mempertingkatkan lagi ciri-ciri keselamatan pengkalan feri seluruh negeri untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku sekali lagi.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata penghadang yang kukuh akan dibina di setiap 12 pengkalan feri yang beroperasi di negeri ini.
“Saya telah mengarahkan Datuk Julaihi untuk berbincangkan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) untuk membina penghadang tersebut dalam kadar segera.
”Penghadang ini akan menghalang kereta yang masuk mahupun keluar dari tanjakan feri tidak terjatuh ke dalam sungai dan ia mencegah perkara yang tidak diingini berlaku,” jelasnya dalam sidang media selepas melawat lokasi kejadian di sini hari ini.
Masing yang juga Menteri Infrastruk bangunan Pelabuhan menambah, pengawal keselamatan akan ditempatkan di pangkalan feri bagi memastikan pengguna patuh kepada garis panduan yang telah ditetapkan.
Katanya, operator feri telah dimaklum mengenai perkara tersebut dan Kerajaan Sarawak akan memberi kos tambahan untuk operator feri mengupah pengawal keselamatan.
“Ini (pengawal keselamatan) adalah satu kemestian, apabila mereka kata tidak boleh naik, ia adalah keputusan mereka.
“Untuk kesemua pengguna jalan raya, anda diminta untuk menerima arahan tersebut demi keselamatan anda,” ujarnya.

Abang Johari kunjungi Tun Taib
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun