ARTIKEL

Penghantar Foodpanda terima manfaat perlindungan Perkeso

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seramai 2,544 penghantar (riders) Foodpanda seluruh negara kini menerima manfaat perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) hasil caruman syarikat Foodpanda Malaysia.

Pengarah Urusan syarikat itu Sayantan Das berkata caruman berjumlah RM199,958.40 telah diserahkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai penghargaan kepada para penghantar Foodpanda serta komitmen bagi kebajikan mereka dengan memberi perlindungan keselamatan sosial sekiranya berlaku kejadian luar jangka ketika bekerja.

“Kesihatan dan keselamatan para riders kami adalah keutamaan kami.. Pada awal tahun lepas, kami melancarkan polisi insurans yang bukan sahaja melindungi riders semasa mereka bertugas malah melindungi mereka 24 jam sehari.

“Sumbangan kami kepada Perkeso adalah salah satu inisiatif kami untuk para riders, dan kami sentiasa komited memberikan yang terbaik kepada semua riders kami,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dalam kenyataan yang sama, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Sri Dr Mohammed Azman  Aziz Mohammed berkata kerjasama dengan syarikat peneraju platform makanan dalam talian itu merupakan satu pendekatan progresif bagi memperluas jaringan keselamatan sosial di kalangan penghantar barangan dan makanan yang bekerja sendiri.

Baca lain  Awang Tengah ketuai delegasi kerajaan ke Sweden, promosikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan

Katanya Perkeso melalui SKSPS menyediakan perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri, melibatkan 20 sektor tidak formal termasuk sektor pengangkutan barangan dan makanan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), yang mula dikuatkuasa sejak 1 Jun 2017 secara berperingkat bermula dengan sektor pengangkutan penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas.

SKSPS juga memberi perlindungan kepada orang berinsurans yang bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa bekerja termasuk tanggungan mereka jika belaku kematian berkaitan bencana pekerjaan.

Antara faedah yang disediakan melalui skim itu adalah faedah perubatan, hilang upaya sementara, hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional dan pinjaman pendidikan. – Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Fasa pertama KUTS beroperasi pada akhir 2027

KUALA LUMPUR: Fasa pertama projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), yang sedang dilaksana dan diselenggara oleh Sarawak Metro Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perbadanan

Kecederaan pekerjaan negara meningkat

KUCHING: Kecederaan pekerjaan di Malaysia meningkat sebanyak 58.9 peratus kepada 34,216 kes pada 2022 berbanding 21,534 kes pada tahun sebelumnya. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan

Malaysia catat pertumbuhan ekonomi lebih tinggi

KUCHING: Ekonomi Malaysia berkembang dengan kadar lebih pantas iaitu sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024, lebih tinggi daripada jangkaan umum iaitu 3.9 peratus. Gabenor

BERITA TERBARU