ARTIKEL

A general view of the front covers of two Kenyan newspapers, The Standard and Daily Nation, with tributes of world marathon record-holder Kelvin Kiptum, in Nairobi on February 13,2024. Kiptum, who smashed the world marathon record in October, was killed along with his Rwandan coach in the accident near his home in the Eldoret area in Kenya's Rift Valley on February 11, 2024. His death at the age of just 24 shocked his homeland and the world of athletics, with his compatriot and rival Eliud Kipchoge leading tributes to the "rising star". (Photo by SIMON MAINA / AFP)

Penghormatan terakhir buat Kiptum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada awal bulan ini apabila keretanya merempuh sebatang pokok.

Kerandanya dikelilingi hiasan bunga, dibawa dalam van jenazah melalui jalan-jalan di bandar di Lembah Rift di barat Kenya.

Kiptum terbunuh pada 11 Februari pada usia 24 tahun, hanya beberapa bulan selepas dia memecahkan rekod maraton dunia.

“Sukar untuk menerima perkara ini berlaku,” kata Ahli Jawatankuasa Eksekutif Athletics Kenya, Barnaba Korir.

“Ia adalah kekosongan besar dalam olahraga Kenya,” tambahnya.

Seorang bapa kepada dua anak, Kiptum dikebumikan pada Jumaat di rumahnya di Chepkorio, dekat Eldoret, sehari selepas upacara requiem.

Perarakan itu melalui jalan raya yang dipenuhi peminat dan atlet ketika menuju ke Iten, kawasan latihan altitud tinggi negara tersebut.

“Kami harus menerima bahawa Kiptum tidak lagi bersama-sama kami,” kata pastor Philip Chumo ketika keranda dimasukkan ke dalam van mayat berwarna hitam.

“Dia ada di sini dengan semangat,” katanya. Pegawai sukan tempatan Purity Koima berkata, Kiptum disayangi oleh semua orang.

“Kami kehilangan begitu ramai atlet di sini, di Iten tetapi kematian Kiptum memberi kesan mendalama kepada semua orang,” katanya.

Polis berkata, Kiptum memandu berhampiran Eldoret sekitar 11 malam apabila keretanya terbabas dari jalan sebelum masuk ke dalam parit dan melanggar sebatang pokok.

Jurulatihnya dari Rwanda Gervais Hakizimana, 36, juga maut dalam kemalangan itu, manakala seorang lagi penumpang wanita cedera.

BERITA LAIN

Kuda lumba ‘tunggu’ kereta api di Australia

PORTAL berita sky.news di Australia semalam melaporkan tentang satu rakaman video tular yang menunjukkan seekor kuda seakan-akan sedang menunggu kereta api seperti mereka. Kuda lumba

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36