ARTIKEL

Penghubung kerajaan, akar umbi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SUDAH menjadi pelengkap kampung untuk mempunyai pemimpin yang menjadi penghubung antara rakyat dengan Kerajaan Negeri.

Antaranya ialah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) — memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan penduduk kampung jagaan mereka.

Mereka bertanggungjawab dalam memastikan semua agenda pembangunan serta bantuan Kerajaan Negeri sampai kepada penduduk kampung yang memerlukan.

Walaupun kelihatan mudah, tetapi tanggungjawab mereka sangat berat. Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka perlu memastikan kebajikan serta keselamatan penduduk terjamin.

Bukan itu sahaja, mereka juga antara golongan yang paling sibuk selepas wakil rakyat di sesebuah kawasan.

Pada tahun lalu, penulis pernah menemu bual salah seorang Ketua Kaum di bahagian Mukah dan beliau mengatakan ia bukan tugas yang mudah.

ISU KAMPUNG

Mungkin ada yang beranggapan Ketua Kaum hanya fokus kepada satu kaum sahaja.

Tetapi, ia bukanlah seperti yang kita bayangkan kerana, mereka menjadi pemimpin kepada semua kaum yang ada di kawasan kampung tersebut.

Ini termasuklah membanteras aktiviti tidak sihat yang dilakukan oleh penduduk kampung seperti penyalahgunaan dadah, merempit, budaya lepak sehingga mengganggu kejiranan dan sebagainya.

Katanya, untuk menjadi KMKK perlukan bekerjasama erat dengan agensi kerajaan dan swasta bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam kampung.

Dengan kerjasama erat, ia bukan sahaja memudahkan mereka untuk membanteras jenayah, tetapi juga menyalurkan maklumat daripada agensi tertentu.

Tentunya, agensi juga memerlukan KMKK dan kerjasama erat ini perlu dilakukan oleh mana-mana pemimpin demi kesejahteraan kawasan masingmasing.

BAWA AGENDA KERAJAAN

Baru-baru ini, Speaker Dewan Undangan Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfi a Awang Nasar memberi sumbangan kepada KMKK di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian dan ini adalah bagi menghargai sumbangan mereka selama berkhidmat.

Beliau turut memberitahu, KMKK memainkan peranan penting bagi memastikan wakil rakyat di sesebuah kawasan memegang jawatan dengan lebih lama.

Ini kerana, KMKK mempunyai pengaruh dalam membawa agenda kerajaan di sesebuah kawasan.

KMKK seharusnya mendapat penghargaan kerana kerja keras mereka memastikan kesejahteraan kampung.

Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dengan KMKK bagi membantu mereka menjalankan tugas agar kesejahteraan kawasan masingmasing terjaga.

BERITA LAIN

Bank makanan siswa

PROGRAM bank makanan siswa institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif kesinambungan Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan pada 22 Disember 2018. Ia adalah untuk membantu

Atur masa makan

DIET cara Intermittent Fasting (IF) semakin popular sejak kebelakangan ini . Ia dikenali sebagai pendekatan kaedah pemakanan yang sihat merangkumi kitaran waktu berpuasa dan waktu

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Tugas RELA semakin penting

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) semakin diperlukan dalam komuniti. Jika kita melihat, ketika keramaian ataupun majlis, tentu ada perkhidmatan RELA digunakan seperti mengawal keadaan seperti lalu

LAIN GENERASI, LAIN PANDANGAN

KALAU dahulu susah, zaman sekarang senang… semua boleh dapat. Pernahkah kita dengar ungkapan demikian? Biasanya ia datang daripada generasi lebih berusia atau lebih tepat, orang

Pilihan laluan kemahiran

SELAIN KATEGORI pekerjaan mengikut tahap kompleks, pekerjaan kemahiran, seperti pekerjaan laluan akademik juga boleh dikategori mengikut jenis pensijilan. Kumpulan persijilan mengikut keperluan perundangan ialah kemahiran

BERITA TERBARU