Penghuni rumah pangsa Sibu Jaya terima makanan

SIBU: PDP hulur bantuan makanan kepada lebih 1,000 ketua isi rumah yang tinggal di rumah pangsa Sibu Jaya di sini, semalam.

Ia membabitkan sebanyak 20 blok keseluruhannya di rumah pangsa itu.

Penyerahan itu disempurna Naib Presiden Kanan PDP Kaunselor Teo Boon Siew selaku mewakili presidennya Datuk Sri Tiong King Sing.

Teo ketika ditemui berkata, bantuan disalurkan ini adalah khas untuk penduduk Sibu Jaya sahaja.

“Ia melibatkan seramai 6,000 ketua isi rumah. Namun ia akan disalurkan berperingkat-peringkat dan hari ini kita bagi untuk penduduk flat dahulu,” jelasnya juga Pengerusi PDP Dudong.

Beliau memberitahu, permintaan pasaran terhadap makanan asas seperti beras, gula, mi segera, minyak masak dan sebagainya amat tinggi dan mereka turut mengalami masalah stok selain dari pengangkutan.

“Itu sebab kita tidak boleh salurkannya sekali gus. Diharap rakyat faham memandangkan jumlah populasi di Sibu Jaya amat besar,” katanya lagi.

Secara keseluruhan, katanya, bantuan telah disalurkan sejak 10 April lalu oleh PDP kepada penduduk kawasan Dun Dudong ialah sebanyak 10,527 KIR membabitkan kawasan luar bandar mahupun bandar yang terjejas semasa PKP ini.

Tambahnya, kawasan-kawasan lain di dalam Dun Dudong telahpun disalurkan bantuan oleh mereka sejak dari 10-18 April lalu.

Suara Sarawak