ARTIKEL

Penglibatan ibu bapa bantu anak capai kejayaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KABONG: Peredaran zaman serta cabaran semasa menuntut semua lapisan masyarakat untuk menyumbang kepada kejayaan anak-anak di sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong Mohd Chee Kadir berkata, penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak yang berlaku secara semula jadi tidak cukup.

“Sebaliknya, sesuai perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat agar dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Apresiasi dan Graduasi SMK Kabong 2023/2024 di Dewan MCK dekat sini.

Katanya lagi, sambutan seumpama ini memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak untuk berusaha lebih gigih.

“Saya mengharapkan agar program seumpama ini berterusan pada masa akan datang.

“Bukan sahaja untuk pelajar cemerlang, tetapi juga mereka yang kurang menonjol, namun menunjukkan peningkatan demi peningkatan, dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Chee Kadir pada majlis yang sama menyumbang RM60,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kabong sebagai dana tambahan untuk menaik taraf dewan terbuka sekolah berkenaan.

Beliau berbesar hati apabila pihak sekolah menamakan Dewan Terbuka SMK Kabong kepada Dataran MCK SMK Kabong, mengambil singkatan namanya sendiri iaitu Mohd Chee Kadir (MCK).

Tetamu khas Prof Gs Dr Tarmiji Masron, Pengetua Iman Joni dan Yang Dipertua PIBG Laksama Bakar turut hadir sama.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia pada 3.46 petang tadi. Gempa 5.4 magnitud itu berlaku pada kedalaman 45

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil