Pengsan selepas mengaku bersalah

KUCHING: Seorang penganggur mengaku bersalah atas dakwaan cuba membunuh pegawai polis bersenjatakan sebilah parang namun keputusan hukumannya didengar pada 16 Jun ini.

Mahkamah Majistret bagaimanapun terpaksa membebaskan tertuduh dengan jaminan RM10,000, dengan seorang penjamin apabila tertuduh pengsan setelah membuat pengakuan di kandang mahkamah.

Tertuduh mengaku terhadap ketiga-tiga dakwaan dibacakan terhadapnya iaitu Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun yang sama.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh didakwa cuba membunuh seorang pegawai polis berpangkat ASP bersenjatakan sebilah parang dan melibasnya pada jarak dekat.

Untuk tuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan sehingga 10 tahun penjara serta denda.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Jun 2021

Suara Sarawak