Trending

Penguang tarik diri, beri laluan kepada Henry Jinep

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Keputusan Datuk Dr Penguang Manggil menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) adalah untuk mengelak berlakunya sebarang pertelingkahan dalam parti.

Penguang berkata, beliau membuat keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan itu bukan atas paksaan sesiapa.

TAHNIAH…Datuk Henry Harry Jinep (kanan) bergambar bersama-sama Pengerusi PDP Datuk Seri Tiong King Sing. (Foto oleh Alif Noni)

Katanya, beliau menarik diri bagi mengelakkan konflik dan perpecahan dalam parti serta meletakkan kepentingan parti melebihi dirinya sendiri. 

“Saya mengambil keputusan menarik diri kerana ingin melihat PDP kekal kukuh serta kuat dan stabil.

“Saya akan terus memberi sokongan untuk calon yang terpilih bagi penggal ini supaya PDP sama-sama bangkit,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Agung Tri-Tri-Tahunan Badan Induk dan Majlis Tertinggi PDP,  di Restoran Dinner World, di sini, hari ini.

Keputusan ADUN Marudi itu sekali gus membolehkan Datuk Henry Harry Jinep menang tanpa bertanding jawatan berkenaan pada Perhimpunan Agung Tri-Tahunan Badan Induk dan Majlis Tertinggi PDP, semalam.

Berikutan itu, Penguang yang juga ADUN Marudi turut dilantik sebagai Naib Presiden Kanan I.

Menjelas lanjut, Penguang mendedahkan bahawa pengunduran ini katanya adalah bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan kecil semasa pemilihan parti.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru