ARTIKEL

UNTUK KENANGAN...Tetamu kehormat merakam gambar bersama-sama pemain terlibat.

Penguasaan hebat pemain pilihan dalam Kejohanan Badminton Remaja Sarawak Energy 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Badminton Remaja Sarawak Energy 2024 telah berlangsung baru-baru ini dan berjaya menarik kehadiran 479 orang pemain dari seluruh Sarawak.

Berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Sarawak, kejohanan itu menyediakan platform kompetitif untuk pemain muda mempamerkan bakat mereka.

Kejohanan yang dianjurkan setiap tahun bertujuan untuk memupuk minat selain menjadi landasan meningkatkan pembangunan bakat dalam kalangan pemain muda terhadap sukan bulu tangkis itu.

Beberapa kategori dipertandingkan. Antaranya, perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita merangkumi kumpulan umur bawah 12, 14, 16, 18 dan 21 tahun.

Tamat saingan menyaksikan penguasaan hebat pemain pilihan dalam kesemua kategori yang dipertandingkan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengurus Kanan Sarawak Energy, Chou Yeng Khai dan Jason
Yeo.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim