ARTIKEL

Penguatkuasaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU: Kecualikan tanah NCR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak berharap penguatkuasaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) dapat mengecualikan tanah hak adat bumiputera (NCR).

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom yakin Kesatuan Eropah (EU) bakal mempertimbangkan bahagian itu ekoran ia bercanggah dengan Agenda Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa Bersatu (UNSDG).

“Saya difahamkan ia belum dimuktamadkan, belum dikenakan. Cuma kita minta pengecualian untuk tanah NCR.

“Ini supaya kita masih boleh melakukan aktiviti pertanian untuk tanaman seperti getah, kopi, koko dan sebagainya, termasuk ternakan.

“Saya mempunyai kepercayaan yang kuat mereka akan mempertimbangkannya kerana itu bercanggah dengan UNSDG yang merupakan idea mereka juga. Justeru, mereka kena faham,” katanya.

ADUN Kemena itu berkata demikian semasa sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya di DUN, hari ini.

Terdahulu dalam ucapan penggulungan, Rundi menyatakan salah satu perkembangan terkini yang menimbulkan cabaran untuk membangunkan tanah NCR ialah EUDR.

“Peraturan yang baharu dikuatkuasakan ini memudaratkan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat di Sarawak.

“Ini kerana EUDR bukan sahaja akan menjejaskan kelapa sawit tetapi juga tanaman komoditi utama dan ternakan lain seperti getah, koko, kopi, soya, lembu dan kayu, serta produk yang diperoleh daripada komoditi ini,” ujarnya.

Sehubungan itu tegasnya, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah akan terus bekerjasama rapat dengan MPIC dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) untuk merayu kepada EU agar memberikan pengecualian khas kepada tanah NCR.

Ini katanya penting, supaya tidak menafikan peluang komuniti bumiputera untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU