ARTIKEL

Pengucapan awam kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BARU-BARU ini, saya berpeluang mengikuti Bengkel Teater Kanak-kanak di Studio Bangedel, Matang Jaya yang berlangsung selama tiga hari (24-26 November). 

Seramai 16 peserta terlibat dalam bengkel dibawah bimbingan fasilitator Cikgu Aizat Mohiden, 28, yang memiliki latar belakang Pendidikan Program Lepasan Ijazah (PPDP), Pengkhususan Seni Teater di Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, Kuching. 

Bagi saya, menyertai bengkel teater dan lakonan bukan bermakna seseorang itu ingin bercita-cita menjadi pelakon hebat. Namun, ia lebih kepada meningkatkan tahap keyakinan diri untuk tampil lebih berani. 

Menurut penganjur, anakanak yang datang ke bengkel tersebut mulanya agak malu dan tidak mahu bercakap. 

Bagaimanapun, mereka lebih selesa selepas mendapat pelbagai pendedahan, ilmu dan teknik penerangan dan teknik didik hibur (bercerita). 

Melalui teknik penerangan ia merangkumi satu teknik pengajaran dalam proses menceritakan, menjelaskan, menggambarkan dan memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada peserta bengkel.

Bengkel kanak-kanak ini berteraskan kepada permainan dan latihan yang menggembirakan mereka. 

Ini kerana, terdapat dalam kalangan peserta agak malumalu pada awalnya, tetapi selepas sesi petang hari kedua mereka sudah kenal antara satu sama lain. 

Pada pemerhatian saya, anak-anak ini mempunyai bakat besar jika digilap.

Ia boleh dilihat dari segi pergeraka dan lakonan yang dipersembahkan dengan penuh yakin dan semangat yang cukup baik.

Malah, bengkel seumpama ini mampu mendidik anakanak untuk menjadi pemimpin.

Ada dalam kalangan peserta yang dilantik sebagai pengarah. 

BERINTERAKSI

Lebih menarik, para peserta mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik menerusi arahan pengarah. 

Bengkel ini juga antara platform terbaik untuk meningkatkan keyakinan, keberanian, disiplin dan semangat berkumpulan dalam kalangan kanak-kanak.

Pada permulaan, saya akui memang sukar melatih kanakkanak sehingga rasa tidak mampu meneruskan cerita, tetapi latihan demi latihan akhirnya membawa kesan baik dalam diri mereka. 

Selepas didedahkan pelbagai ilmu lakonan, saya melihat perubahan positif kanak-kanak berkenaan iaitu takut kepada berani, pertuturan jelas, peka pada arahan dan kemahiran kepemimpinan mula menyerlah. 

Bengkel lakonan seperti ini melatih anak-anak supaya terus mengasah minat mereka dalam bidang lakonan supaya kelak mampu menjadi pelapis kepada pelakon teater. 

Kerjaya dalam bidang seni kreatif ini juga mampu dijadikan sebagai kerjaya masa depan memandangkan industri kreatif di Sarawak semakin berkembang dengan adanya TVS dan sebagainya. 

KEMAHIRAN

Selepas selesai mengikuti kursus, saya cadangkan anakanak ini melibatkan diri secara aktif dalam pertandingan bercerita di peringkat sekolah untuk meningkatkan kemahiran berinteraksi. 

Apabila kanak-kanak terbiasa berkomunikasi dan berinteraksi dalam aktiviti di peringkat sekolah, maka mereka ini juga tidak ada masalah untuk bercakap di khayalak terutama ketika menjadi pelajar di peringkat universiti. 

Ramai sebenarnya, pelajar universiti yang takut dan tidak yakin ketika bercakap di khalayak sehingga menyebabkan mereka lebih gemar berada di belakang dan mengasingkan diri. 

Bagaimanapun, jika dilatih sejak kecil untuk bercakap di khalayak, insya-Allah mereka mampu berkomunikasi dengan baik ketika berada di tempat umum dan mampu menjadi pemimpin pada masa akan datang. 

Kepada ibu bapa di luar sana, jangan ragu-ragu menghantar anak menuntut ilmu dalam bidang lakonan.

Zaman kanak-kanak ialah zaman paling menyeronokkan kerana ketika itulah mereka berpeluang menjadi diri sendiri dan menyerlahkan potensi masing-masing.

Sebagai orang tua, kita wajar melihat bakat anak-anak serta membimbing mereka melalui potensi yang sememang dimilikinya. 

Anak-anak kita pasti mempunya daya keyakinan yang tinggi apabila mengetahui kita sebagai orang tua cukup mendorong memberi semangat kepada mereka untuk meraih prestasi dan mengasah bakat yang dimiliki.

Saya percaya kemahiran ini banyak membantu mereka dewasa kelak terutama ketika berada di peringkat universiti.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta