TEBEDU: Orang ramai mula beratur memasuki tempat mengundi Balai Raya Kampung Daha Kisau sekitar 7.30 pagi tadi.
Difahamkan seramai 302 pengundi berdaftar di kawasan berkenaan bagi membuang undi di Dun Tebedu.
Suasana membuang undi dalam keadaan tenang dan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan walaupun dalam cuaca mendung.
Kebanyakan pengundi di kawasan berkenaan dalam lingkungan usia 30-an hingga 60-an.
Selain itu, calon GPS Dun Tebedu Dr Simon Sinang Bada hadir sekitar jam 8.30 pagi.