HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Pengundi DUN Simunjan diseru tunaikan tanggungjawab

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SIMUNJAN: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dun Simunjan, Awla Dris menyeru masyarakat di kawasan tersebut untuk menunaikan tanggungjawab pada hari mengundi, 18 Disember nanti.

Menurutnya, ia penting bagi memastikan kemenangan kekal berpihak kepada GPS, sekali gus meneruskan mandat untuk meneruskan agenda pembangunan selepas ini.

“Keperihatinan anda sebagai pengundi dalam menunaikan tanggungjawab amat dituntut.

“Kita mahu memastikan kemenangan terus kekal milik GPS agar pembangunan dapat diteruskan,” ujar Awla.

Beliau berkata demikian pada Majlis Memperkenal Calon GPS DUN Simunjan di Rumah Panjang Sungai Bulu, Sadong Jaya, malam tadi.

Menurut Awla, beliau yakin pengundi di kawasan terbabit semakin matang dalam membuat pemilihan.

Justeru katanya, sudah tentu mereka mengetahui hanya calon GPS sahaja mampu meneruskan agenda pembangunan yang dilaksana pihak kerajaan selama ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru

Bubur lambuk

BUBUR lambuk merupakan juadah wajib yang mudah didapati di bazar