Pengurus dana asing lupus pegangan aset tempatan

KUALA LUMPUR: Pelabur asing menjual sejumlah RM135.6 juta bersih ekuiti tempatan minggu lepas berbanding aliran masuk bersih RM190.2 juta pada minggu sebelumnya, kata ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim.

Beliau berkata, pelabur asing memulakan minggu pada Isnin yang juga merupakan hari terakhir perdagangan bagi Mei dengan memperoleh RM60.4 juta bersih ekuiti tempatan untuk mencatat aliran keluar bersih asing RM161.5 bilion pada Mei berbanding RM1.1 bilion bulan sebelumnya.

“Tahap aliran penjualan bersih asing bulanan kini mencapai bulan ke-23,” katanya kepada Bernama. Namun begitu, Jun mempamerkan permulaan yang agak tidak menentu apabila pelabur asing menjual sejumlah RM41.1 juta bersih ekuiti tempatan pada Selasa yang turut menandakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Penuh di seluruh negara yang akan dilaksanakan selama dua minggu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Jun 2021

Suara Sarawak