Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Pengurus syarikat direman, bantu siasatan kes tuntutan palsu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Suspek lelaki berusia direman empat hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM 182,420.00.
Suspek lelaki berusia direman empat hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM 182,420.00.

BINTULU: Seorang pengurus sebuah syarikat direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berjumlah RM182,420.

Majistret Zuraini Ali Musa membenarkan permohonan Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Bintulu, Muhammad Hafiz terhadap suspek lelaki berusia 57 tahun itu di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber, suspek telah mengemukakan invois kepada sebuah jabatan kerajaan berkaitan tuntutan kos pengangkutan bagi penghantaran diesel dan petrol ke kawasan pedalaman di sekitar Kakus dan Sungai Kakus sekitar 2021.

Namun, tiada penghantaran dilakukan.

Terdahulu, suspek tersebut ditahan berhampiran Balai Polis Pusat Miri sekitar jam 12 tengah hari semalam, ketika cuba melarikan diri daripada ditahan pihak SPRM.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda butiran palsu atau RM 10,000 mana-mana lebih tinggi jika didapati bersalah.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru