ARTIKEL

Datuk Mancha Ata

Pengurus syarikat rugi RM140,000 akibat ditipu pelaburan tidak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pengurus syarikat swasta di Bintulu hilang sejumlah wang RM140,000 miliknya akibat ditipu skim pelaburan tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, berkata wanita berusia awal 30an itu membuat laporan polis berhubung pelaburan tersebut semalam.

Katanya, mangsa pada 25 Mac lalu telah tertarik kepada pelaburan emas dalam laman Instagram yang diperkenalkan oleh suspek dikenali sebagai Gao Yun Ze.

“Suspek telah memberikan satu pautan kepada mangsa untuk mendaftarkan diri sebagai ahli untuk memulakan pelaburan.

“Seterusnya mangsa diterangkan oleh suspek mengenai pelaburan tersebut serta dijanjikan keuntungan sebanyak RM102,000 dalam tempoh hari yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mancha berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah melakukan sebanyak 10 transaksi pembayaran ke tiga akaun bank berbeza pada hujung Mac lepas hingga awal bulan ini bagi tujuan pelaburan.

Katanya, mangsa sedar dirinya telah ditipu apabila tidak menerima sebarang keuntungan dan modal pelaburan seperti yang dijanjikan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU