ARTIKEL

Foto: freepik.com

Pengurusan stres

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

STRES dalam bekerja boleh dilihat dari dua perspektif iaitu stres produktif dan stres yang merugikan.

Stres produktif merangkumi aspek positif dan membina daya tahan diri seperti motivasi, peningkatkan prestasi dan pembangunan diri. Melihat topik ini, stres atau tekanan boleh datang dalam pelbagai situasi dan keadaan.

Dari segi motivasi, ia boleh ditingkatkan dalam menyelesaikan tugasan, mencapai matlamat atau prestasi.

Tekanan boleh meningkatkan fokus dan tenaga untuk memberikan hasil yang terbaik.

Secara tidak langsung menjadi salah satu faktor perkembangan diri.

Untuk aspek stres negatif, ia cenderung ke arah kriteria negatif. Antaranya, mengakibatkan masalah kesihatan mental sehingga stres boleh menyebabkan kebimbangan, kemurungan dan gangguan mental lain.

Begitu juga dengan kesihatan fi zikal terjejas akibat stres kronik yang boleh menyebabkan hipertensi, penyakit jantung dan gangguan tidur.

Ia menjurus kepada penurunan prestasi kerana keletihan sehingga mengakibatkan produktiviti terganggu.

Stres juga boleh mempengaruhi hubungan dengan rakan sekerja, pihak atasan dan keluarga — mencipta persekitaran kerja yang tidak sihat. 

Justeru, stres boleh menyumbang kepada manfaat diri individu dan pada masa yang sama meninggalkan kesan buruk.

Sekiranya diuruskan dengan betul, maka kesannya boleh dikawal dan amat penting untuk mengenali batasan individu serta memastikan stres tidak berlebihan.

Organisasi dan individu perlu mencipta persekitaran kerja yang menyokong — menyediakan sumber untuk pengurusan stres dan menggalakkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan peribadi.

Sebagai penerbit rancangan, terdapat pelbagai “situasi stres” yang mungkin dihadapi seperti tekanan masa, pengurusan bakat, belanjawan dan sumber.

Malah, kualiti kandungan, teknologi, logistik, maklum balas penonton, keseimbangan kerja dan kehidupan harus diambil kira.

Perkara ini saling berkaitan antara satu sama yang lain, serta mempengaruhi kehidupan pekerja.

Dari segi masa, setiap tugasan perlu disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Antara aspek paling utama, belanjawan atau bajet menjadi perkara penting untuk ditangani.

Seterusnya, keseimbangan antara kerjaya dengan kehidupan juga menjadi salah satu faktor utama menimbulkan stres.

Lebih-lebih lagi, mereka yang berkeluarga, mempunyai anak dan sebagainya.

Pasangan suami isteri yang bekerja dalam bidang yang berbeza mungkin sukar memahami tugasan masingmasing.

Kekangan masa yang berlainan sebagai contohnya, waktu kerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dan waktu kerja yang tidak menentu juga menjadi penyumbang stres.

Justeru, ia harus diuruskan dengan baik bagi mengimbangi tuntutan kerja dengan kehidupan peribadi.

Selain itu, penerbit juga perlu bijak mengatur keutamaan dan mencari penyelesaian kreatif untuk cabaran yang dihadapi. 

Berhenti berfi kir dan mencari masa untuk diri sendiri penting dalam menangani stres.

Antara perkara yang penting yang boleh diambil kira adalah seperti pemulihan mental dan fizikal.

Seterusnya, meningkatkan kreativiti dan produktiviti, pengurusan emosi serta peningkatan kualiti hidup, hubungan lebih baik, keseimbangan kerja dan keluarga.

Mengambil masa untuk diri sendiri akan membantu mengurangkan stres serta meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Tetapkan waktu tertentu untuk berehat dan “melepaskan” diri daripada tugas seperti membaca, mendengar muzik atau bersenam.

Dengan cara ini, kita mungkin dapat menguruskan stres dengan lebih baik, sekali gus meningkatkan produktiviti kerja.

BERITA LAIN

Sampah plastik cacatkan pemandangan

SEDIKIT-SEDIKIT, lama-lama menjadi bukit. Jika dari segi kewangan ataupun perkara yang kita usahakan, ia membawa kepada kebaikan dan manfaat pada kemudian hari. Namun, pernahkah kita

Mudahkan urusan waris

SETELAH Akaun Fleksibel diper-kenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima lebih dua juta permohonan pemindahan amaun permulaan dari

Setiap anak BAWA REZEKI

ANTARA kenikmatan terbesar bagi pasangan suami isteri ialah dikurniakan anak. Melalui kelahiran cahaya mata, ia menambah erat kasih sayang dalam keluarga. Setiap anak yang dilahirkan

Jepun

Gaya pemakanan masyarakat Jepun

MASYARAKAT Jepun dikatakan mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia. Mengikut data pada 2014, purata umur bagi lelaki ialah 80.50 tahun, manakala bagi perempuan

Pengaruh Kitaro

TAHUN ini merupakan tahun ketiga saya terlibat dalam liputan penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak (SCV). Dari segi

Mukah perlu stadium baharu

INFRASTRUKTUR stadium memainkan peranan penting sebagai lokasi bersenam dan beriadah serta penganjuran pertandingan sukan di sesebuah kawasan. Walaupun Mukah mempunyai sebuah stadium, namun bahagian ini

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya