Trending

Pengusaha butik rugi RM35,000 ditipu penjual Kuih Bulan dari Facebook

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar Hiasan

KOTA SAMARAHAN: Seorang pengusaha butik kerugian sebanyak RM35,000 apabila hanya menerima 807 daripada 969 set Kuih Bulan yang ditempahnya daripada seorang individu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata berdasarkan laporan lelaki yang merupakan pengusaha butik dalam daerah Kota Samarahan itu, pada 9 Ogos lalu dia telah membuat tempatan Kuih Bulan dari seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Mr.Kong melalui Facebook.

Selepas itu, katanya mereka berhubung melalui telefon untuk berurus niaga, dengan suspek menggunakan nombor 016 7282477.

“Mangsa membuat tempahan sebanyak 969 set Kuih Bulan dan memasukkan wang tunai ke akaun RHB Bank milik suspek sebanyak RM79,860.60.

“Sehingga sekarang, mangsa hanya menerima sebanyak 807 set Kuih Bulan yang bernilai RM44,860.60 manakala baki Kuih Bulan yang belum diterimanya adalah dianggarkan bernilai RM35,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ekoran itu, Brodie berkata mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong pada jam 1.31 petang, 19 September lalu.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu status penjual sekiranya mahu membuat urus niaga dalam talian bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Katanya orang ramai juga boleh menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber (Phone Scam, Love Scam, e-Dagang, Pinjaman Tidak Wujud dan sebagainya) atau sekiranya baru sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-dompet suspek.

Selain itu, Brodie berkata orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui aplikasi Check Scammers CCID melalui laman sesawang http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah