ARTIKEL

Royston dan Yakub menyempurnakan simbolik perasmian Bazar Ramadan Mukah, hari ini.

Peniaga Bazar Ramadan Mukah diingatkan jaga kebersihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Para peniaga di Bazar Ramadan Mukah diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan, khususnya dari segi kebersihan, kesihatan serta keselamatan makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, kebersihan dan pengendalian makanan yang selamat amat penting semasa menjual di bazar.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku seperti keracunan makanan sepanjang tempoh bazar berlangsung.

“Diharapkan agar tiada sebarang kes berkaitan keselamatan makanan berlaku kerana kita ingin memastikan pengguna yakin terhadap juadah yang dijual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Mukah 2026, di sini, hari ini.

Antara pengunjung yang memeriahkan Bazar Ramadan Mukah.

Sebanyak 125 gerai yang terlibat dalam Bazar Ramadan Mukah di bawah seliaan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM).

MDDM turut menyelia lokasi Bazar Ramadan di Oya, Dalat dan Balingian.

Sehubungan itu, Royston menekankan kerjasama dalam kalangan semua pihak yang terlibat.

Tambahnya, ia amat penting bagi memastikan kelancaran operasi bazar dari hari pertama sehingga ke penghujung Ramadan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka