ARTIKEL

Barang rampasan yang menunjukkan hidupan liar milik tertuduh

Peniaga dipenjara setahun, denda RM12,000 miliki daging rusa secara haram dan berniat menjual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara selama setahun serta denda RM12,000 atau lima bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan memiliki daging rusa secara haram dan berniat menjualnya.

Junilis Wesley, 48, dari Jalan Acacia, Taman Shang di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Perlindungan Hidupan Liar (OPHL) 1998 (Bab 26) dan dihukum di bawah Seksyen 37 (2) akta sama kerana kesalahan memiliki daging rusa spesies Rusa Unicolor seberat 17.58 kilogram (kg) tanpa lesen sah.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Azreena Aziz setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun dan denda RM2,000 untuk setiap ekor atau bahagian hidupan liar yang dimiliki.

Selain itu, tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 37 (3) OPHL 1998 (Bab 26) dan dihukum di bawah Seksyen 33 (1) serta dibaca bersama Seksyen 33 (3) akta sama kerana berniat menjual atau menawarkan daging tersebut untuk tujuan jualan.

Baca lain  Internet 24 jam di Pantai Damai

Kesalahan ini memperuntukan denda maksimum RM5,000, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, pada 15 Februari 2023 kira-kira jam 10 pagi, sepasukan pegawai hidupan liar dari Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) diketuai Helmut Palus telah mengadakan pemeriksaan rutin di kawasan Tamu Pujut Corner.

Ketika menghampiri sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigakan, mereka telah bertemu tertuduh yang kemudian mengaku memiliki 12 peket daging rusa di dalam kenderaannya.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati tertuduh ada memiliki daging rusa spesies Rusa Unicolor seberat 17.58 kg tanpa lesen sah dan dipercayai berniat menjual atau menawarkan ia untuk tujuan dijual.

Berikutan itu, daging rusa tersebut bersama kenderaan, kunci kereta dan telefon bimbit disyaki milik tertuduh kemudian dirampas untuk dijadikan sebagai bahan kes.

Difahamkan, tertuduh pernah dikompaun beberapa kali sebelum ini bagi kesalahan di bawah Seksyen 29 (2) OPHL 1998 pada 2021 dan pernah disiasat di bawah seksyen sama atas kesalahan yang dilakukan pada 24 Oktober 2022 kerana memiliki spesies hidupan liar terlindung di Tamu Pujut Corner.

Baca lain  43 penduduk kampung terima agihan insentif berjumlah RM25,800

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 atau sebulan penjara, sementara bagi kesalahan kedua, tertuduh didenda RM10,000 atau empat bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ronald Felix Hardin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi