ARTIKEL

Peniaga guna dawai kokot bungkus makanan, boleh didenda RM10,000, penjara dua tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching, Dr. Johnny Pangkas mengingatkan peniaga agar tidak menggunakan dawai kokot (stapler) untuk merapikan pembungkus makanan yang dijual.

Beliau meminta peniaga menghentikan serta-merta penggunaan dawai kokot.

Ditemui pemberita di bazar Ramadan pada Jumaat, beliau berkata, penjual yang ingkar boleh didenda maksimum RM10,000, hukum penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan jika sabit kesalahan berdasarkan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Hukuman lebih berat boleh dikenakan jika bahan itu ditemui dalam makanan iaitu denda maksimum RM100,000, dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya,” tegas Dr. Johnny.

BERITA LAIN

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain