ARTIKEL

Gambar hiasan

Peniaga lelaki mengaku salah simpan barang kawalan tanpa kebenaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang peniaga lelaki dijatuhi hukuman denda RM7,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana menyimpan barang kawalan iaitu 2,001 liter minyak diesel bersubsidi di tempat yang tidak mendapat kebenaran.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman terhadap Wong Tak Leong, 35, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Subseksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 22(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah premis perniagaan di Jalan Setia Raja, di sini, sekitar jam 8.32 malam, 16 Ogos 2023.

Berdasarkan fakta kes, pada malam kejadian, sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KPDN) Sarawak telah menahan sebuah lori jenis ‘rigid luton’ atau kotak buatan jenama Isuzu berwarna putih milik sebuah syarikat kerana dalam keadaan mencurigakan.

Pihak KPDN kemudian menahan pemandu lori berkenaan lalu memeriksa kenderaan terbabit menjumpai ia membawa muatan minyak diesel bersubsidi sebanyak 2,001 liter disimpan dalam dua tangki plastik dalam ruangan kenderaan terbabit.

Baca lain  Lelaki tidak sempat timang anak

Laporan polis dibuat untuk siasatan dan tindakan lanjut lalu membawa kepada penahanan tertuduh yang merupakan pemilik sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hasil siasatan membawa kepada tiada sebarang lesen atau permit barang kawalan berjadual dikeluarkan atas nama tertuduh.

Siasatan lanjut mendapati barang-barang kawalan yang dirampas daripada tertuduh adalah minyak diesel bersubsidi kerajaan yang dibeli daripada stesen-stesen minyak sekitar Bandar Raya Kuching.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal bekalan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya KPDN Nor Azhari Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,