ARTIKEL

Peniaga rugi RM100,000, rantai emas dirompak dua lelaki bersenjata pisau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM100,000 setelah rantai emasnya dirompak oleh dua lelaki di kawasan bandar Miri, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian ini, salah seorang suspek memegang sebilah pisau dan merampas rantai emas dari leher mangsa.

“Dua suspek berkenaan telah melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenama Honda Jazz berwarna kelabu.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jelasnya, mangsa, 29, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.

Sehubungan itu, Alexson menasihati orang ramai supaya tidak memakai barang kemas berlebihan yang boleh membahayakan dan menjadikan mereka sebagai mangsa penjenayah.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini, boleh menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan atau menghubungi talian 085-433730.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menghargai keprihatinan masyarakat terutamanya yang melibatkan keselamatan dan persekitaran di Daerah Miri.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya