ARTIKEL

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Peniaga rugi RM136,000 ditipu sindiket menyamar sebagai pihak berkuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang peniaga di sini rugi RM136,000 dalam sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berumur lewat 50-an itu pada semalam.

Katanya, mangsa menerima panggilan seorang individu pada 6 Julai yang lalu yang mengaku daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Suspek mengatakan mangsa ada membuat aduan kepada KKM atas nombor telco namun mangsa menafikan membuat aduan tersebut.

“Talian mangsa kemudiannya disambungkan kepada Inspektor Yong dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan memberitahu mangsa ada waran tangkap atas kesalahan terlibat dalam pengubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azman berkata, mangsa yang panik dan takut telah menuruti arahan suspek untuk membuat akaun Bank Rakyat di Jalan Tun Jugah, pada jam 3 petang, 7 Julai lalu dan memberikan kad nombor kad debit, nombor akaun Bank Rakyat kepada suspek.

Katanya, suspek juga menyuruh mangsa membuang mesej Whatsapp antara mangsa dengan suspek serta mematahkan kad debit Bank Rakyat tersebut.

“Mangsa kemudian telah membuat empat kali transaksi pindahan wang simpanan mangsa sebanyak RM136,000 secara berperingkat ke dalam akaun Bank Rakyat mangsa pada awal Julai lalu.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu setelah menyemak status wang simpanan dengan pihak bank dan terdapat lapan kali transaksi pindahan wang dari akaun Bank Rakyat mangsa kepada dua akaun bank pihak ketiga tanpa pengetahuannya,” katanya.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU