Peniaga tidak berlesen disarani daftar segera BKSS 6.0

SIBU: Penjaja kecil dan peniaga yang tidak mempunyai lesen disarankan mendaftar bagi mendapatkan insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 secepat mungkin.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapaee berkata, pendaftaran boleh di buat melalui Majlis Perbandaran Sibu (MPS) bagi pengeluaran permit bagi melayakkan mereka menerima bantuan tersebut.

Katanya, pendaftaran adalah secara dalam talian dan apabila MPS sudah keluarkan permit, mereka bolehlah memuat turun Sarawak Pay melalui aplikasi Play Store di telefon pintar masing-masing.

“Ini kerana bantuan RM1,500 hanya akan disalurkan melalui Sarawak Pay.

“Pemohon adalah bagi peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan secara fizikal seperti menjalankan perniagaan tepi jalan, gerai, kiosk dan sebagainya,” jelas beliau yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi.

Dr Annuar menjelaskan, bagi peniaga atau penjaja yang terlibat dalam mengusahakan produk dari rumah mereka disarani mengambil gambar ketika menghantar produk mereka ke gerai-gerai untuk dijual.

 

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Jun 2021

Suara Sarawak