ARTIKEL

Johnny Pang menyantuni sekali gus mengedarkan risalah berbuka puasa dan imsak kepada peniaga di bazar Ramadan , berhadapan Hotel NU.

Peniaga bazar Ramadan diingatkan agar tidak menaikkan harga melampau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU : Peniaga bazar Ramadan diingatkan agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan sepanjang Ramadan ini.

Sebaliknya, mereka seharusnya menjual makanan pada harga yang berpatutan, kata Adun Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming.

Beliau percaya jika harga makanan atau minuman terlalu tinggi, ia juga menakutkan pelanggan dan menjejaskan perniagaan.

“Bulan Ramadan hari baik dan bulan baik…kita harus bersikap baik hati kepada orang lain (pembeli).

“Janganlah pula mengeksplotasi bulan Ramadan dengan melambungkan harga makanan,” katanya.

Beliau juga mengingatkan peniaga supaya menjaga kebersihan persekitaran dan makanan ketika berniaga sepanjang Ramadan ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU