ARTIKEL

Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn (tiga kiri) menyaksikan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) daripada Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme Shafrudin Ali Husin kepada Guru Besar St Peter, Peter Lidong.

Penilaian penguasaan bahasa Inggeris pelajar tahun enam dilaksanakan tahun hadapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBURAN: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat akan membuat penilaian dalam penguasaan bahasa Inggeris terhadap pelajar tahun enam mulai tahun hadapan.

Menterinya Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, penilaian tersebut dibuat bagi mengetahui tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar sekolah, sejak ia dilaksanakan pada tahun 2017.

Malah katanya, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek juga bersetuju untuk membantu dalam perkara tersebut.

“Kita akan tahu perkembangan penguasaan mereka selepas kita buat penilaian. Kita tidak akan tahu jika tidak buat (penilaian).

“Ia akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan dibantu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 SK St Peter, Kampung Simpok di sini hari ini.

Sagah berkata, Sarawak berada dalam landasan yang tepat dalam usaha negeri ini mempertingkatkan standard bahasa Inggeris dalam kalangan pelajarnya.

BERITA LAIN

Guna wang pampasan untuk pendidikan anak-anak

KUCHING: Penerima wang pampasan untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong disarankan untuk menggunakan pampasan tersebut dengan sebaiknya.

Program TVET mampu lahirkan graduan premium

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan yang premium selepas tamat pengajian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini.  Menteri Pendidikan, Inovasi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,