ARTIKEL

Peningkatan kos haji antara isu menarik di Dewan Rakyat hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Penurunan peratusan keluar mengundi serta peningkatan kos mengerjakan haji antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat menerusi laman sesawang Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) bertanyakan Perdana Menteri sebab penurunan dalam peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13, 14 dan 15 dan usaha dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangani permasalahan itu, dalam sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) menyatakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai faktor yang menyumbang kepada peningkatan kos mengerjakan haji serta syarat dan kelayakan baharu yang ditetapkan.

Selain itu, Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) inginkan penjelasan Menteri Pertahanan sama ada kerajaan berhasrat menilai semula pencen 21 tahun perkhidmatan untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia memandangkan mereka masih muda dan mempunyai komitmen terhadap keluarga.

Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa.

Menurut takwim Parlimen, perbahasan rang undang-undang di peringkat itu akan berlangsung selama 12 hari hingga 27 Nov ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah