ARTIKEL

Peningkatan pelaburan petanda positif ekonomi masa depan Malaysia – Ahli ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR: Peningkatan pelaburan pada suku keempat 2023 memberi petanda positif bagi pertumbuhan ekonomi masa depan Malaysia, kata ahli ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Beliau berkata kepada Bernama bahawa berlaku pengembangan pembentukan modal, menunjukkan keadaan ekonomi yang semakin baik.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat menyatakan kedudukan pelaburan antarabangsa Malaysia mencatatkan peningkatan aset bersih berjumlah RM119.4 bilion pada akhir suku keempat 2023 berbanding RM94.9 bilion pada suku ketiga 2023.

Sementara itu, pelaburan langsung di luar negara berjumlah RM662.8 bilion, perlombongan dan kuari  (RM80.5 bilion) dan sektor pembuatan (RM59.9 bilion).

Tiga destinasi teratas ialah Singapura bernilai RM150 bilion, diikuti Indonesia RM70.6 bilion dan Belanda RM40.5 bilion.

DOSM berkata, pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat sebanyak RM11.4 bilion kepada RM926.3 bilion pada akhir suku keempat dengan 50.6 peratus, diikuti pembuatan (42.2 peratus: RM390.8 bilion) dan perlombongan dan kuari (4.5 peratus: RM42.1 bilion).

Tiga negara teratas menyumbang untuk FDI ialah Singapura (RM207.7 bilion), Hong Kong (RM113.3 bilion), Amerika Syarikat (RM97.4 bilion).
Nungsari berkata negara memerlukan lebih banyak pelaburan di dalam negara dan melalui FDI, serta perlu melabur dalam bidang baharu bagi meningkatkan kapasiti ekonomi.

Baca lain  Pastikan bantuan sampai kepada penerima layak

“Ekonomi perlu berbeza dari segi struktur kerana ia memperoleh daya saing dalam bidang baharu. Mengembangkan apa yang sudah kita lakukan tidak akan berjaya. Kita perlu melabur dalam kapasiti baharu dalam perkara baharu. Kita perlu mempunyai lebih banyak perkara ini,” katanya.

BERITA LAIN

HONOR perkenal empat peranti terbaharu

KUCHING: HONOR Malaysia bakal memperkenalkan empat peranti terbaharunya, termasuk jam tangan pintar kesihatan sempena acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Barisan peranti itu

BERITA TERBARU

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak