ARTIKEL

TAKLIMAT... Uggah (dua kiri) menerima kunjungan hormat daripada Mancha (tiga kiri) yang diiiringi lima pegawai kanannya.

Penipuan dalam talian sama seperti ‘Taju Remaong’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyamakan penipuan dalam talian seperti ‘Taju Remaong’, umpan yang dipasang harimau jadian dalam legenda Iban.

Beliau menggunakan kisah legenda itu untuk menyuarakan kebimbangannya mengenai peningkatan bilangan mangsa kes penipuan dalam talian di negeri ini.

Ia antara isu yang dibangkitkannya ketika menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Menurut legenda itu, ketika mencari mangsa, ‘Remaong’ atau harimau mistik akan mengumpan mereka dengan buah-buahan atau makanan lain di dalam hutan.

“Sesiapa sahaja yang mengambil atau memakan makan itu, mereka akan binasa.

“Harimau itu akan datang kepada mereka dan kematian tidak dapat dielakkan.

“Begitu juga dengan panggilan penipuan dalam talian, umpan yang dijanjikan dalam bentuk ganjaran wang yang besar, namun pada penghujungnya, mangsa akan hilang segala-galanya,” katanya.

Beliau berkata, untuk mengelak daripada menjadi mangsa, orang ramai tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan janji-janji ganjaran besar yang dibuat menerusi mana-mana panggilan seperti itu.

Baca lain  Program Jualan Rahmah Sarikei catat jualan lebih RM400,000 

Dalam pada itu, Uggah mengucapkan tahniah kepada polis di atas komitmen, kesetiaan dan pengorbanan mereka dalam memastikan Sarawak selamat.

“Tugas dan tanggungjawab mereka amat mencabar memandangkan saiz negeri yang besar dan sempadan darat atau laut yang panjang.

“Tetapi anda semua telah melakukan kerja yang sangat baik,” katanya.

Mancha, yang diiringi lima pegawai kanannya, memberi taklimat kepada Uggah mengenai situasi keselamatan dan jenayah terkini di negeri ini.

Uggah kemudiannya turut menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Fenny Nuli, yang baharu dilantik.

BERITA LAIN

Muzium Sarawak jalin dengan Jabatan Pendidikan

KUCHING: Jabatan Muzium Sarawak dan Jabatan Pendidikan negeri menjalinkan kerjasama dalam usaha memupuk minat anak muda menghargai dan menghayati sejarah negeri itu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif

BERITA TERBARU

Muzium Sarawak jalin dengan Jabatan Pendidikan

KUCHING: Jabatan Muzium Sarawak dan Jabatan Pendidikan negeri menjalinkan kerjasama dalam usaha memupuk minat anak muda menghargai dan menghayati sejarah negeri itu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif