NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Penipuan pakej haji dan umrah, bersedia berdepan tindakan undang-undang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
AGIHAN...Nancy (tiga kanan) menyerahkan agihan daging Ibadah Korban kepada salah seorang penerima.
AGIHAN…Nancy (tiga kanan) menyerahkan agihan daging Ibadah Korban kepada salah seorang penerima.

SIMUNJAN: Agensi yang menjalankan aktiviti penipuan berkaitan pakej haji dan umrah boleh dikenakan tindakan undang-undang, tegas Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu berkata, semua agensi termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tabung Haji boleh membuat tindakan berhubung isu penipuan tersebut.

“Semuanya boleh memainkan peranan masing-masing, cuma bagi MOTAC, kami perlu menunggu siasatan dari polis meskipun kami juga ada menjalani siasatan secara berasingan.

“Namun begitu, pihak polis menjadi rujukan kami supaya kami dapat mengambil tindakan seperti batalkan lesen dan sebagainya kepada agensi atau syarikat terlibat di bawah undang-undang MOTAC,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Ibadah Qurban sempena Jelajah Zulhijjah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak di Surau Darul Taqwa, Kampung Simbau Rembau, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kira-kira 380 individu yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini akibat penipuan pakej haji oleh dua agensi pelancongan.

Baca lain  Kampung Merembeh sesuai ternak lembu

Menurut Nancy, beliau difahamkan insiden jemaah haji yang terkandas melibatkan mereka yang bukan mengikuti program di bawah Tabung Haji ataupun di bawah MOTAC sejak dari awal.

“Saya difahamkan, mereka yang berada di KLIA itu menunggu untuk mendapatkan visa dan mereka bukan di bawah program MOTAC atau Tabung Haji.

“Sebenarnya, MOTAC tidak bertanggungjawab dalam program haji, sebaliknya bertanggungjawab terhadap program umrah sahaja manakala Tabung Haji untuk program di bawah Tabung Haji.

“Namun apa yang berlaku, mereka ini adalah individu yang menunggu untuk mendapatkan visa bagi mengerjakan haji yang disebut furada,” katanya.

Untuk rekod, visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh daripada Lembaga Tabung Haji.

AGIHAN…Nancy (tiga kanan) menyerahkan agihan daging Ibadah Korban kepada salah seorang penerima.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru