ARTIKEL

Penipuan skim pelaburan: pastikan syarikat pelaburan punyai prospektus-MHO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin membuat pelaburan yang ditawarkan mana-mana syarikat perlu memastikan syarikat berkenaan mempunyai dokumen prospektus disahkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi mengelak terjebak penipuan skim pelaburan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata prospektus merupakan dokumen untuk penawaran saham yang membantu pelabur membuat keputusan pelaburan dengan maklumat yang lebih banyak. 

“Antara yang menarik berkenaan prospektus ini adalah dinyatakan juga risiko bagi pelaburan tersebut. Laburlah dalam sesebuah syarikat yang telah dikawal selia, yang ada pematuhan, yang ada prospektus diluluskan SC,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.

Beliau berkata ramai terkeliru dengan memorandum maklumat yang dikeluarkan sesebuah syarikat sehingga membuat pelaburan.

“Memorandum maklumat ini menceritakan tentang butiran pelaburan tapi ia tidak ada semak dan imbang, bagi para pelabur, melaburlah pada syarikat yang ada diluluskan prospektusnya,” katanya. 

Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan melibatkan kes penipuan skim pelaburan memerlukan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, SC dan Bank Negara.

Menurut Musa ini disebabkan kesalahan dalam penipuan skim pelaburan melibatkan pelbagai akta antaranya Kanun Keseksaan, Akta Syarikat 2016, Akta  Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 serta Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.- BERNAMA

BERITA LAIN

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

BERITA TERBARU

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli