PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Penjaga Eric Chang mengaku bersalah curi mesin basuh dan peti sejuk

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Curi…tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, hari ini, oleh anggota polis.

KUCHING: Penjaga wanita kepada Eric Chang Wei Jie dijatuhi hukuman denda RM2,000 dan penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri sebuah mesin basuh dan sebuah peti sejuk beku.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menetapkan hukuman penjara dua bulan terhadap tertuduh Wendy Chai Xue Zhen, 36, sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri sebuah mesin basuh dan peti sejuk beku milik sebuah syarikat di City Square Court, di sini, kira-kira jam 11 pagi, 6 Disember 2019.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa pengadu tiba di rumah sewa ibunya mendapati komputer riba, modem, tetikus, mesin basuh dan peti sejuk milik tuan rumah (ibu pengadu) telah hilang.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan serta siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Difahamkan, tertuduh telah mencuri barang-barang tersebut bersama tiga lagi rakannya yang lain iaitu kekasihnya Ling Kok Liang, 51, dan Ibu bapa kepada Eric Chang iaitu Lee Fook Chuan, 30, Dynasty Chang Ka Hui, 24.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Curi…tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, hari ini, oleh anggota polis.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

29 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan