ARTIKEL

Penjagaan kebun musim hujan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram.

Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman mudah mati. Ini kerana, tanaman dilanda ancaman kurang terdedah dengan cahaya matahari sehingga menyebabkan fi siologi pokok mengalami pertukaran warna daripada kehijauan menjadi kekuningan. 

Malah, penyakit bawaan kulat juga mudah membiak. Hama, kulat dan serangga yang mendiami tanah menjadi aktif ketika suhu sejuk dan lembab. 

Selain itu, proses fotosintesis turut berkurang dan menyebabkan pembesaran pokok terbantut. 

Keadaan ini mempengaruhi hasil pertanian dan sangat berbahaya untuk kebun komersial. 

TIP

Justeru, Sukip Farming berkongsi tip penjagaan tanaman khususnya ketika musim hujan dan cuaca tidak menentu. 

Menurutnya, baja perlu dipekatkan kerana baja berkurangan apabila dibawa air hujan menyebabkan pokok terpaksa meningkatkan aras Electiral Conductivity (EC) baja. 

Selain itu, petani boleh mengawal kadar siraman kerana tanah sentiasa basah dan lembab.

Pekebun boleh menutup sistem pengairan jika perlu.

Masalah air bertakung ketika hujan menyebabkan akar lemah dan pokok mati jika dalam tempoh yang lama.

Selain itu, pekebun turut diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan ukuran pH tanaman.

Sekiranya pH berada pada tahap yang rendah daripada 5.6, tanaman boleh terbantut.

PEMANGKASAN

Ia disebabkan rendahnya tahap nutrien yang penting seperti fosforus dan nitrogen. 

Selain itu, pemangkasan juga penting bagi mengelak dahan dan daun menjadi lebat — menghalang cahaya matahari.  

Pekebun diingatkan untuk menjaga sistem perparitan atau pengairan untuk mengelak takungan air. 

Pekebun perlu sediakan sistem saliran agar tanah tidak menyimpan air takungan hujan dalam tempoh yang lama.

Gunakan bata di dasar polibeg untuk kurangkan risiko serangan penyakit ketika hujan. 

Apabila polibeg tidak bersentuhan dengan permukaan tanah, ia mampu mengalirkan air bertakung.

Secara tidak langsung, ia mampu mengawal ancaman perosak.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap