ARTIKEL

Penjagaan TANAMAN CILI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERBUDI kepada tanah tidak pernah merugikan, malah banyak manfaatnya.

Menanam cili dan sayur-sayuran di kawasan rumah antara inisiatif dalam mengurangkan kos hidup terutamanya di kawasan bandar.

Namun, ia memerlukan teknik penjagaan yang betul.

Perkara paling tidak disukai adalah apabila melihat pokok cili kesayangan mati atau berpenyakit. Ia mungkin disebabkan pokok yang ditanam tidak bersesuaian dengan persekitaran atau pemilik taman meletakkan pokok tersebut di tempat yang kurang sesuai.

Pekebun perlu arif tentang sebahagian tumbuhan memerlukan penjagaan minimum untuk kekal sihat.

TERLEBIH AIR

Terlebih air siraman antara punca cili mati.

Hal ini selalu terjadi kepada cili yang ditanam di dalam pasu. Cuba bayangkan anda berendam selama 24 jam, pasti kulit anda berkedut akibat lebihan air tersebut.

Begitu juga dengan tumbuhan. Jika ia terendam terlalu lama akarnya lemas dan boleh menyebabkan tumbuhan menyerap air berlebihan. Ia mengakibatkan terdapat bahagian tumbuhan tersebut terutamanya batang lembik dan mati.

Potong bahagian pokok yang mula lembik sebelum ia berjangkit ke bahagian lain. Di samping itu, pelbagai jenis baja diletakkan untuk memastikan cili yang ditanam menghasilkan bunga yang banyak, hasil yang bagus dan memastikan tumbesaran pokok yang sihat.

Perkara tersebut kadangkala boleh mengakibatkan tumbuhan bertambah lemah dan mudah terdedah kepada penyakit kerana baja berlebihan menyebabkan akar pokok menjadi panas dan semakin kurang daya tahan kepada penyakit. Justeru, pemilik taman harus waspada agar j angan ghairah meletakkan terlalu banyak baja pada satu-satu masa kerana mahukan pokok cili membesar secara drastik.  

SEMULA JADI

Untuk mendapatkan tumbuh-tumbuhan yang sihat, pastikan ia membesar secara natural. Selain itu, dalam waktu biji benih cili padi anda mula bercambah ini adalah waktu yang kritikal.

Daun-daun cili mula tumbuh seawal 10 hari pertama.

Biarpun teruja, biarkan lebih banyak daun tumbuh dan akarnya tidak terlalu mudah rosak apabila melalui proses pemindahan ke dalam pasu nanti. Setelah anda lihat lima hingga 10 helai daun mula tumbuh, sekaranglah masanya untuk pindahkannya.

Sila berhati-hati, ketika ini usia pokok cili anda masih muda. Ibarat bayi, setiap bahagian mereka adalah sangat sensitif.

Lakukan dengan perlahan-lahan dan pastikan pucuk dan akar pokok dalam keadaan baik ketika dipindahkan.

Setelah memindahkan anak pokok cili ke dalam pasu, letakkan anak pokok di bawah tempat yang redup supaya ia tidak mudah layu. Dalam masa 65 hingga 75 hari, anda akan dapat lihat pokok cili anda mula menghasilkan bunga.

Itu memberi petanda yang bagus — pokok cili anda tumbuh dengan baik. Tetapi, pokok cili masih memerlukan empat minggu lagi sebelum hasilnya boleh dituai.

Tempoh optimum untuk pokok cili kebiasaannya akan bertahan hingga 11 bulan. Dalam tempoh tersebut, pokok cili anda akan menghasilkan cili yang berkualiti tinggi.

Selepas sembilan bulan, pokok mula meningkat usia dan anda dapat lihat hasil cili yang semakin berkurangan dan kualiti cili juga semakin menurun. Namun, jika pokok cili api untuk kegunaan persendirian tidak ada masalah jika hendak disimpan berapa lama sekalipun.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU