ARTIKEL

BERCAKAP... Datuk Bandar Kuching Utara Hilmy Othman 

Penjaja di laluan pejalan kaki ‘Waterfront Kuching’ dipindah ke lokasi baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Semua penjaja di Tebingan Sungai Kuching di sini akan dipindahkan ke Esplanade Kuching Waterfront dan beberapa lokasi tapak yang akan dikenal pasti dalam masa terdekat.

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman berkata usaha terbabit bagi memberi laluan penuh terhadap gerak kerja naik taraf laluan pejalan kaki dan landskap di Tebingan Kuching yang dijangka bermula pada bulan Mei, tahun ini.

“Semua penjaja yang berada di Tebingan Kuching akan dipindah ke Esplanade dan sesetengah daripada mereka akan dipindah ke beberapa lokasi yang kini masih kita usahakan.

“Untuk makluman ia adalah disebabkan gerak kerja pembangunan, yang mana kita akan menaik taraf laluan pejalan kaki di Tebingan Kuching berikutan ia sudah lama tidak dilaksanakan.

“Jadi saya rasa inilah masanya untuk menyelesaikan perkara ini agar usaha naik taraf itu dapat dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir mengikuti acara pemasangan lampu hiasan bercorak tanglung sempena sambutan Tahun Baru Cina akan datang di Jalan Green, pada Ahad.

Baca lain  Promosi kelestarian alam sekitar

Menurutnya, perpindahan (penjaja) itu adalah tetap, dan pada masa sama beliau menegaskan Esplanade Kuching juga akan dinaik taraf dari segi infrastruktur khususnya lampu-lampu di kawasan lokasi bagi memastikan perniagaan para penjaja kekal relevan.

“Untuk kawasan tersebut (Esplanade), saya bersama kementerian berkaitan sudah menjalankan pemerhatian lanjut dan salah satu perkara yang telah dikenal pasti ialah untuk menaik taraf dari segi lampu dan naik taraf yang lebih baik terhadap infrastruktur untuk memberi suasana yang lebih selesa kepada perniagaan.

“Saya rasa usaha itu adalah adil untuk kita terlibat dengan menaik taraf kawasan itu dalam usaha meningkatkan perniagaan mereka,” kata Hilmy.

Mengenai projek naik taraf Tebingan Kuching, Hilmy mendedahkan reka bentuknya telah mendapat kelulusan dan kini menunggu masa terdekat sahaja lagi untuk permulaan pembinaan.

“Saya rasa projek dijangka akan bermula pada Mei tahun ini dan akan selesai dalam jangka masa enam bulan.

“Selepas itu, anda akan melihat Tebingan Kuching berwajah baharu dari segi laluan pejalan kakinya, saya boleh katakan ia adalah sangat cantik,” ujarnya.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

Jong-Ho dikagumi

Persembahan memukau kumpulan K-Pop Ateez masih menjadi bualan warganet setelah mempersembahkan koreografi dinamik dan kreatif, baru-baru ini. Choi Jong-ho ialah ahli termuda yang berjaya menyemarakkan