ARTIKEL

PERINGATAN… Hilmy Othman mengingatkan penjaja di premis persendirian untuk tidak mengganggu aliran trafik selain menjaga kebersihan ketika melakukan penjualan di premis masing-masing. - Foto: Ghazali Bujang

Penjaja di premis persendirian diingatkan jaga kebersihan dan tidak ganggu aliran trafik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penjaja yang berniaga di premis persendirian sepanjang bulan Ramadan diingatkan untuk tidak menggangu aliran trafik serta menjaga kebersihan.

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman, berkata mereka sama sekali dilarang untuk menjalankan pernigaan di kawasan terbuka dan pihak penguat kuasa DBKU akan mengarahkan mereka untuk menghentikan penjualan sekiranya mereka didapati berbuat sedemikian.

Bagaimanapun, atas semangat menyambut bulan Ramadan, katanya, mereka dibenarkan untuk menjalankan perniagaan di premis persendirian dan harus memastikan ia tidak mengganggu aliran trafik selain memastikan juadah Ramadan disediakan dalam keadaan bersih.

“Bukan niat pegawai penguat kuasa untuk melarang mereka melakukan jualan juadah berbuka namun ia harus dilakukan dalam keadaan terkawal.

“Tetapi anda diminta untuk kawal diri anda dengan mematuhi kebersihan kawasan sekitar dan kebersihan makanan dan patuhi arahan penguat kuasa apabila disuruh berpindah dan sebagainya,” katanya dalam wawancara bersama Suara Sarawak di Ibu Pejabat DBKU di sini.

Dalam pada itu, Hilmy berkata, seramai 222 orang penjaja berniaga di Bazar Ramadan di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria.

Katanya, ia terdiri daripada 95 penjaja makanan, minuman dan panggang di Bazar Ramadan Satok, 45 penjaja di Bazar Ramadan Semarak, dan 82 penjaja di Bazar Ramadan Sukma Ria.

“Sementara, seramai 692 penjaja bagi bazar Ramadan swasta berniaga di Medan Niaga Satok, FAMA Jalan Matang, Pasar Malam Metrocity, Jalan Matang, Majma’ Mall, Jalan P. Ramlee, Tapak Persatuan Penjaja Pasar Malam (Benteng) Bandar Baru Semariang, Mydin Vista Tunku, Jalan Demak, Pekarangan Tempat Letak Kereta Masjid Al-Hashim Kampung Muda Hashim, dan Mydin Bandar Baru Semariang,” katanya.

Sehubungan itu Hilmy berkata, jumlah bazar Ramadan bagi tahun ini meningkat dan ia mencukupi bagi komuniti di bandar raya Kuching.

Selain bazar Ramadan, katanya, turut diadakan bazar Aidilfitri di Jalan Satok dan Ramadan Unity Bazar di Pusat Beli Belah Plaza Merdeka, Lebuh India dan Waterfront Hotel.

Tambahnya, seramai 210 penjaja yang berniaga di bazar tersebut menjual tekstil, aksesori, kek lapis, kerepek dan biskut di kedua-dua bazar tersebut.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan