ARTIKEL

Penjara lima bulan tidak memiliki dokumen perjalanan sah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen oleh anggota polis menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

KUCHING: Seorang wanita warga asing dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah, awal Disember lalu.

Tertuduh Vui Ni, 24, dari Singkawang, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Afidah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 4 Disember lalu.

Tertuduh juga akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas menjalani hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, pada 4 Disember lalu, sekitar jam 7.50 malam di sebuah rumah kondominium, Jalan Petanak pihak berkuasa berjaya menangkap tertuduh yang dipercayai warga asing memasuki negara tanpa permit yang sah.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda Maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan tidak melebihi enam sebatan.

Semasa sebutan, tertuduh merayu agar diringankan hukuman kerana pertama kali melakukan kesalahan dan perlu mencari pekerjaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Polis Miri giat buru suspek kes pecah rumah

MIRI: Pihak polis kini sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes pecah rumah yang berlaku di kawasan Lot 13 Kuarters Kerajaan, Rumah Kenyalang, Jalan

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta