Penjawat awam antara 15 diberkas miliki dadah

KAPIT: Seorang penjawat awam termasuk seorang wanita warga asing antara 15 individu yang ditahan dalam satu serbuan di kawasan Pasar Kapit dan Kampung Cina di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian Stanislaus Bian mengesahkan laporan berkata, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 47 tahun. Mereka ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang diketuai oleh Inspektor Thomas Untol dalam operasi bermula jam 3.

Tangkapan melibatkan seorang penjawat awam dan seorang wanita warga Indonesia masing-masing berusia 47 dan 37 tahun. petang hingga 8 malam kerana memiliki dan positif dadah. “Tangkapan melibatkan seorang penjawat awam dan seorang wanita warga Indonesia masing-masing berusia 47 dan 37 tahun,” katanya.

Freddy Bian menamba, dadah disyaki syabu yang berat kira-kira 16.07 gram dan dadah disyaki ganja yang berat lebih kurang 0.41 gram antara barangan yang dirampas.

“Kesemua tangkapan didapati positif ujian saringan awal dan ditahan di lokap Balai Polis Kapit untuk siasatan lanjut,” tegasnya. Kes disiasat dibawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2), Seksyen 6 (1) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suara Sarawak