Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Penjawat awam enggan divaksin perlu segera mendapatkan imunisasi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) menyeru agar sekumpulan kecil 2.2 peratus penjawat awam termasuk guru serta pembantu pengurusan murid (PPM) mengambil suntikan vaksin seperti yang dijadualkan oleh kerajaan.

Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata, pengambilan suntikan vaksin adalah demi kebaikan dan keselamatan keseluruhan masyarakat khususnya komuniti sekolah.

“Hal ini kerana para guru dan PPM merupakan kumpulan yang sentiasa berdamping rapat dengan murid-murid dan juga warga sekolah yang lain.

“Sekiranya mereka enggan menerima vaksin, sudah pasti ia akan menimbulkan kerisauan terhadap ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau merayu serta menyeru agar golongan ini mengambil vaksin sebagai usaha melindungi diri dan juga masyarakat sekitar selain menyokong usaha kerajaan mencapai imuniti kelompok dalam memerangi pandemik Covid-19.

Setakat 19 Ogos lalu, sejumlah 2.2 peratus daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam dikesan tidak mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk