ARTIKEL

Gambar hiasan

Penjawat awam, peniaga antara suspek ditahan dalam kes provokasi di restoran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUANTAN: Polis menahan lima lelaki termasuk seorang penjawat awam dan peniaga bagi membantu siasatan kes ugutan dan provokasi terhadap seorang pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Sungai Isap di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam di sini.

“Beberapa suspek mempunyai rekod jenayah lampau antaranya kesalahan berkaitan dadah.

“Kesemua mereka kini direman hingga 17 April bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Wan Mohd Zahari sebelum ini dilaporkan berkata beberapa lelaki yang sedang berkempen memboikot restoran makanan segera telah memanggil mangsa dan mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadap lelaki itu kira-kira pukul 10.25 malam Jumaat lepas.

Ketika mangsa menghampiri kumpulan lelaki berkenaan, dia telah diugut akan dipukul menggunakan topi keledar, namun situasi itu telah dileraikan isteri mangsa.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada Sabtu. — BERNAMA

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan