ARTIKEL

Penjawat awam perlu amal kecepatan, kepesatan semasa laksanakan tugas – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Penjawat awam digesa sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apabila sesuatu dasar diumumkan kerajaan, penjawat awam perlu melaksanakannya dengan pantas dan cara yang baharu.
“Jadi apabila ada keputusan Jemaah Menteri disampaikan oleh KSN (Ketua Setiausaha Negara), KSU (Ketua Setiausaha), kalau kita guna cara lama, kita tak mungkin boleh berjaya, inilah sebabnya mengapa saya katakan, kepesatan dan kecepatan, kelulusan itu sangat mendesak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada pada Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) bersama Perdana Menteri di hari ini, yang turut dihadiri KSN Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden PPTD Datuk Seri Isham Ishak.

Anwar berkata penjawat awam boleh memberikan input sekiranya merasakan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri dirasakan tidak bijak.

“Mana-mana keputusan, kalau saudara merasakan ini keputusan Jemaah Menteri yang tidak bijak, jadi segera bagi input, tetapi apabila keputusan sudah dibuat penjawat awam mesti jalankan dasar yang dibuat, dan ini dasar baharu bukan sahaja bagi saudara, malah kepada saya juga,” katanya.

Mengambil contoh di Pulau Pinang sebagai negeri maju dan meraih pelaburan puluhan bilion ringgit selain pendapatannya antara tertinggi dalam kalangan negeri lain, bagaimanapun ia memiliki kira-kira 2,000 penduduk miskin tegar.

“Macam di Pulau Pinang, negeri maju, pelaburan puluhan bilion (ringgit), pendapatannya antara tertinggi berbanding negeri lain jauh lebih tinggi, tetapi masih ada sekitar 2,000 miskin tegar, saya kata tidak, saya beritahu ketua menteri, mahu ini diselesaikan dalam bulan ini, sebab kita ada upaya,” katanya.

Pada masa yang sama Anwar turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana mendapat kerjasama penuh kalangan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dalam melaksanakan urusan pentadbiran negara.

Anwar berkata, antara langkah awal diambilnya semasa beliau memegang tampuk pemerintahan negara ialah memastikan sebaik sahaja Jemaah Menteri dipilih, lantikan setiausaha sulit kanan mesti dari kalangan PTD atau penjawat awam.

“Saya nak bagi signal jelas bahawa pentadbiran di bawah Anwar harus bermula dengan pendirian untuk bekerjasama dan sinergi dengan PTD,” katanya.

– Bernama

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

BERITA TERBARU