ARTIKEL

Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (depan lima kiri) bergambar kenangan dengan penerima anugerah dan tetamu yang hadir ke Majlis Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan 2024 di Putrajaya. - Foto BERNAMA

Penjawat awam perlu pikul amanah, kepercayaan berdasarkan H.E.M.A.T

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penjawat awam perlu memikul amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan berdasarkan nilai-nilai Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran (H.E.M.A.T).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata konsep H.E.M.AT memerlukan penjawat awam sentiasa berani berhijrah menerusi kepekaan dengan tuntutan perubahan semasa, menjalankan tugas dengan rapi, cekap dalam pelaksanaan tugas dan mengamalkan komunikasi secara efisien.

“Nilai H.E.M.A.T perlu sejajar dengan dasar Malaysia MADANI yang diilhamkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan aspirasi ‘The G.R.E.A.T. Civil Service’ yang diperkenalkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali, agar implementasi nilai baharu itu kelak dapat memenuhi segala hasrat yang telah digariskan,” menurutnya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Beliau berkata demikian ketika bicara eksklusif bertajuk ‘H.E.M.A.T. : Penuhi Aspirasi, Pencapaian Dirasai’ dalam ISM Executive Talk anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) di sini semalam.

Wan Ahmad Dahlan berkata pegawai awam juga perlu berpegang kepada tiga prinsip dalam melaksanakan tugas iaitu Memudahkan, Menyesuaikan dan Menyegerakan.

Justeru itu, beliau berkata cara kerja semasa perlu disesuaikan agar menepati hala tuju negara dan memenuhi harapan rakyat.

Wan Ahmad Dahlan berkata berteraskan kepada hubungan kemanusiaan, nilai-nilai H.E.M.A.T dapat dipraktikkan oleh setiap pemimpin dan pekerja dalam sektor awam.

“Seseorang pemimpin seharusnya menjadi pendengar yang baik, bijak dalam mengoptimumkan sumber, aktif mengilhamkan idea-idea baharu serta terlibat dalam menggubal undang-undang dan peraturan baharu,” katanya.

Beliau berkata pekerja pula perlu melaksanakan semua perubahan yang ditetapkan, berusaha memahami sebarang perubahan baharu, mengaplikasikan kaedah baharu yang digunakan dan mematuhi semua ketetapan baharu.

Terdahulu, Wan Ahmad Dahlan melancarkan Buku Menjunjung Legasi Kepimpinan Wanita KPWKM yang membariskan lapan tokoh yang mengetuai kementerian itu sebagai Ketua Setiausaha.

Buku itu mengandungi catatan, pemikiran, falsafah, prinsip dan sumbangan tokoh terbabit dalam mengemudi KPWKM dan menerajui agenda pembangunan serta kesejahteraan sosial masyarakat Malaysia.– BERNAMA

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat